Monday 24 October 2011

Tahi tikus dalam pastri

DUBAI: Sebuah restoran dan sebuah kedai roti di Umm Al Quwain, diarah tutup dan didenda kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.
Pasukan pemeriksa dari Majlis Perbandaran Umm Al Quwain menutup premis kedai roti terkenal di situ dan mendendanya sebanyak Dh10,000 (RM9,000) apabila mereka menemui tahi tikus dalam pastri.
Pihak majlis terus menutup kedai roti itu dan meletakkan notis di pintu premis berkenaan yang mengatakan ia ditutup kerana melanggar peraturan kebersihan.
Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’
Pihak majlis mengarahkan pemilik kedai membuang notis yang dibuatnya sendiri tetapi dia meletakkan pula sebuah bas persendirian di hadapan pintu kedainya untuk menghalang notis majlis daripada dilihat oleh pelanggan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...