Monday 24 October 2011

United dibelasah 1 - 6


23 Oktober 2011 - MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.

Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.

Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.


p.s - macamanapun aku tetap sokong United..hehehe..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...