Tuesday 29 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 5 (full video)



 Full Video Minggu 5




Cedera dibelasah tegur wanita buang sampah

AMPANG: Angkara menegur seorang wanita supaya tidak membuang sampah merata-rata menyebabkan seorang lelaki cedera dipukul dengan besi oleh dua lelaki termasuk teman lelaki wanita terbabit dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang berusia 25 tahun menegur perbuatan seorang wanita membuang sampah di kawasan awam.

Teguran mangsa membuatkan teman lelaki wanita terbabit yang berada di tempat kejadian tidak berpuas hati lalu memanggil rakannya untuk membelasah mangsa.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 25, teman lelaki wanita itu datang ke rumahnya bersama seorang rakan dengan membawa dua besi panjang.

Katanya, mereka mengetuk dan menendang pintu pagar rumahnya serta mencabar untuk berlawan.

“Saya cuba memberi nasihat, namun berlaku pertengkaran sebelum mereka memukul saya dengan menggunakan besi,” katanya di sini, semalam.

Katanya, lebih malang, dua lelaki itu mencekik lehernya hingga tidak boleh bernafas, namun bersyukur kerana dapat melepaskan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dua lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengajaknya bergaduh, namun dia menolak kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Balai Polis Ampang.


Wednesday 23 November 2011

Sinopsis dan Trailer Ombak Rindu ( Aaron Aziz & Maya Karin) ...


Filem Ombak Rindu akan ditayangkan pada 1 Disember 2011, lakonan Aaron Aziz , Maya Karin, Bront Palarae dan Lisa Surihani. Filem arahan Osman Ali ini diadaptasi dari sebuah novel yang tajuknya juga Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Kisah mengenai Izzah anak yatim piatu yang dijual oleh bapa saudaranya sendiri, kemudian dia bertemu dengan orang kaya bernama Hariz.

Ramai peminat nampaknya lebih suka Lisa Surihani menjadi watak Izzah dan Maya Karin menjadi watak Mila gadis moden dan tinggal di bandar. Wajah Lisa nampak lebih ayu dan lembut sesuai untuk watak gadis kampung. Pengarah mungkin ada alasan sendiri kenapa memilih Maya Karin sebagai watak Izzah.
Filem Osman Ali iaitu Cun pun mengmabil Maya Karin sbg watak utama, mungkin pengarah memang dah serasi dengan Maya..:)


Sinopsis :
Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Trailer Ombak Rindu
 
 
 
 

Wanita Berumur 20-an Berwajah Tua Seperti 70-an...


Jika lihat gambar ni mesti kita agak wanita berbaju merah tu anak kepada perempuan tua yang di sebelah tu kan..tapi sebenarnya gambar itu ialah gambar wanita tu sendiri. Wanita bernama Nguyen Thi Phuong dari Hanoi Vietnam, mengalami sakit misteri iaitu cepat berlaku proses penuaan kepada dirinya. Gambar baju merah itu semasa dia berumur 21 tahun (tahun 2006) dan sekarang umurnya 26 tahun tapi wajah dia seperti wajah seorang nenek tua.

Nguyen mengalami alahan apabila memakan makanan laut, kulitnya menjadi gatal gatal dan mukanya bertukar menjadi kendur dan kembung pada tahun 2008. Suami kepada Nguyen adalah tukang kayu dan tak mampu membeli ubat untuk merawat sakit misteri isterinya, namun begitu dia tetap cinta dan sayangkan isterinya walau keadaan Nguyen tak seperti dulu lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak, namun bentuk badan Nguyen seperti orang yang melahirkan anak, dada dan perutnya menggeleber dan berlipat-lipat. Sakit misteri ini tidak menjejaskan kitaran haid, pandangan matanya dan jugak mindanya. Sangat pelik.

Menurut doktor inilah penyakit misteri yang jarang berlaku, di mana satu lapisan tisu lemak hancur dan menggelembung. Setakat ini tidak ada ubat yang mampu mengubati penyakit tersebut.
Nguyen terpaksa memakai topeng ketika keluar rumah kerana hendak melindungi dari dilihat oleh khalayak ramai. Nguyen ada merayu kepada pihak lain untuk mendapatkan bantuan merawat sakit alahan yang dialaminya.

Nguyen dan suaminya




Kelayakan Olimpik london 2012...


Hanya kehadiran puluhan ribu penyokong tempatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini mampu mencetuskan api kebangkitan skuad Olimpik negara kita.

Seruan terbabit disuarakan pengendali, Ong Kim Swee dengan melihat peranan penting bakal dimainkan penonton tempatan apabila anak-anak buahnya turun menentang Syria, 48 jam selepas berjaya mempertahankan emas Sukan Sea.


“Saya tidak boleh menafikan pemain kini keletihan selepas mengharungi jadual padat di Sukan Sea. Saya cuma boleh berharap mereka mampu memberikan aksi terbaik seperti yang dipamerkan dalam final semalam (malam kelmarin).


“Penyokong bakal memainkan peranan penting esok (malam ini) seperti yang dilakukan penyokong Indonesia semasa kami beraksi di Stadium Gelora Bung Karno,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan menentang Syria dalam saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia.


Skuad bawah 23 tahun berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan menewaskan Indonesia malam kelmarin dalam penentuan sepakan penalti jelas berdepan jadual yang padat dalam tempoh dua minggu.


“Sekarang kami berdepan salah sebuah pasukan gergasi di Asia, bukan lagi di tahap Asia Tenggara dan berdasarkan ranking dalam kelayakan ini (tempat ke-12), keupayaan meraih satu mata sudah cukup membanggakan.


“Namun sasaran tiga mata tetap menjadi keutamaan kami,” katanya jelas mengharapkan skuad negara mampu meraih mata selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada September lalu.


Selain berdepan masalah keletihan pemain, pengendali dari Melaka itu perlu merangka strategi terbaik selepas beberapa pemain utamanya tidak akan dapat beraksi kerana kecederaan seperti Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart selain kecergasannya Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih diragui.

Beliau bagaimanapun masih mempunyai beberapa pemain berkebolehan yang tersisih ke Sukan Sea sebelum ini seperti Mohd Izuan Solahuddin, Ahmad Hazwan Bakri dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.


40 wanita Israel berbogel sokong blogger Mesir ...


SEBELUM ini seorang aktivis yang juga merupakan blogger wanita dari Mesir telah mencetuskan kemarahan di negaranya apabila memuat naik gambar bogelnya di internet sebagai tanda bantahan terhadap sekatan kebebasan suara di negara berkenaan.

Namun hari ini, sekumpulan wanita Israel turut sama berbogel beramai-ramai sebagai menunjukkan tanda soladirity dan sokongan terhadap blogger tersebut.

Dilihat sebagai mengikut tindakan Aliaa Elmahdy, remaja berusia 20 tahun itu, 40 wanita Israel berbogel sambil bergambar dengan memegang sepanduk-sepanduk untuk menutup bahagian kemaluan mereka.

Mereka memegang sepanduk bertulis, "Homage to Aliaa El Mahdi. Sisters in Israel" dengan slogan "Love without Limits" ditulis dalam bahasa Arab dan Hebrew.

Tindakan itu diketuai oleh wanita berumur 28 tahun, Or Templar yang mencipta sebuah kumpulan di Facebook untuk mengajak wanita-wanita Israel berbogel bersamanya.

Di laman tersebut Templar menulis "ayuh kita berikan alasan yang baik untuk dunia melihat kecantikan dan keunikan wanita-wanita Israel".

Templar berkata dia mendapat idea untuk melakukan tindakan itu sebaik sahaja melihat Elmahdy memuatnaik gambarnya yang hanya memakai sepasang stokin melalui blognya minggu lalu.

Blog Elmahdy menerima kunjungan jutaan pelawat dengan ribuan komen-komen negatif yang mengecam tindakannya termasuk ugutan bunuh kerana tindakan yang dianggap melampau itu.

Sumber: Free Malays

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000...


KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.

“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.

Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.

Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

Maharaja Lawak Mega Minggu 4 (full video)


 Full Video Minggu 4




Kawasan dan Lokasi Speedtrap di PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan Jalan Persekutuan...


Dibawah ini saya kongsikan kawasan dan lokasi Speedtrap diseluruh negara termasuklah di highway PLUS, NKVE, ELITE, KESAS dan juga di Jalan Persekutuan. Diharapkan kita semua berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju. InsyaAllah. AMIN.



PLUS Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras



Mati ketika tonton bola...

KENANGAN…Ahmad Fauzi (belakang) yang meninggal dunia ketika menyaksikan bola sepak bersama ahli keluarganya.
YAN: “Arwah ada mengadu sakit dada dan lemah, tetapi dia tidak mahu ke hospital,” kata Nafishah Jusoh, 46, kakak ipar kepada Ahmad Fauzi Ismail, 42, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di pekan Guar Chempedak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10.50 malam, mangsa dikatakan pengsan di kedai makan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian, Ahmad Fauzi bersama beberapa pelanggan lain sedang menonton perlawanan berkenaan yang ketika masuk masa tambahan.

Nafishah berkata, arwah ada memaklumkan kepadanya dia berasa tidak sihat dan mahu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam (kelmarin) dia kata tidak sihat dan saya ajak dia pergi hospital tetapi dia kata mahu pergi selepas perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia tamat.

“Tetapi malangnya arwah tidak sempat ke hospital apabila dia diserang penyakit jantung ketika menonton perlawanan itu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Kolam, Guar Chempedak, di sini, semalam.

Beliau berkata, arwah anak bongsu daripada empat beradik tidak mengalami masalah jantung sebelum ini dan hanya menghidap kencing manis.

“Arwah belum berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah selepas ibu bapa kami meninggal dunia. Dia bekerja sebagai juruelektrik sambilan sekiranya penduduk kampung memerlukan khidmat arwah untuk membaiki pendawaian elektrik.

“Sejak beberapa hari lalu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah dia kelihatan seperti biasa. Cuma dia tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Seorang pembantu kedai makan, Hasli Ishak, 29, berkata, Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu dan dia kerap makan di situ.

“Ketika kejadian itu, dia sedang menikmati nasi goreng sambil menonton perlawanan bola sepak.

“Sebelum dia pengsan, saya nampak dia lemah dan sempat menyuap makanan dengan perlahan sebelum dia pengsan di atas kerusinya,” katanya.

Hasli berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sejurus sampai di hospital berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian berkenaan.


**klik gambar dibawah ini adalah satu sedekah**  


ibu suruh anak buat seks dengan bapa tirinya


Seorang ibu menghantar anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk pembedahan pemulihan selaput dara sebelum mengatur suaminya untuk memperkosa gadis itu.

Dia juga dipercayai meminta gadis itu untuk melakukan aksi telanjang untuk lelaki berumur 37 tahun.
Remaja ini mengatakan perkara ini dalam perbicaraan mahkamah di Hong Kong selepas dakwaan perkosaan diajukan terhadap ayah tirinya.
 
Menurut remaja itu, kedua ibu bapanya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun dan setelah itu, ibunya berkahwin dengan suspek yang merupakan bapa tirinya.

Katanya, ketika dia berumur 16, ibunya yang berusia 39 tahun memujuknya untuk melakukan hubungan seks dengan ayah tirinya.

“Ibu saya ingin memenuhi keinginan bapa tiri saya yang ingin “tidur” dengan gadis yang masih perawan, jadi ibu meminta saya untuk berhubungan seks dengan bapa tiri saya tapi pada saat itu saya tidak lagi perawan” katanya.

Dia berkata ketika ibunya tahu, ibunya memaksa dia untuk mendapatkan selaput dara ‘buatan’ dan mengancam akan memotong jari-jarinya jika ia menolak.

Gadis itu akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu.
Setelah itu, ibunya merancang percutian keluarga ke Cheung Chau, dengan tujuan untuk mengatur rancangan supaya suaminya dapat berhubungan seks dengan gadis itu.

Lelaki itu, bagaimanapun, tidak boleh menunggu dan memperkosa remaja di rumah mereka.
Remaja itu menyatakan kepada mahkamah bahawa dia telah mengadu dirinya dirogol ayah tiri kepada ibunya, tetapi ibunya tidak melakukan apa pun untuk membantunya.

Dia kemudian mengajukan laporan polis sebagaimana disarankan oleh teman lelakinya dan seorang pekerja sosial.

Penasihat undang-undang, bagaimanapun, berkata remaja itu telah membuat cerita setelah ayah tirinya menolak untuk membeli laptop-nya.



**klik gambar dibawah ini adalah satu sedekah** 


Thursday 17 November 2011

Bogelkan 15 gadis...

 

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.


Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.


“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

sumber : Kakibising.com


**klik gambar dibawah ini adalah satu sedekah**



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...