Wednesday 23 November 2011

Sinopsis dan Trailer Ombak Rindu ( Aaron Aziz & Maya Karin) ...


Filem Ombak Rindu akan ditayangkan pada 1 Disember 2011, lakonan Aaron Aziz , Maya Karin, Bront Palarae dan Lisa Surihani. Filem arahan Osman Ali ini diadaptasi dari sebuah novel yang tajuknya juga Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Kisah mengenai Izzah anak yatim piatu yang dijual oleh bapa saudaranya sendiri, kemudian dia bertemu dengan orang kaya bernama Hariz.

Ramai peminat nampaknya lebih suka Lisa Surihani menjadi watak Izzah dan Maya Karin menjadi watak Mila gadis moden dan tinggal di bandar. Wajah Lisa nampak lebih ayu dan lembut sesuai untuk watak gadis kampung. Pengarah mungkin ada alasan sendiri kenapa memilih Maya Karin sebagai watak Izzah.
Filem Osman Ali iaitu Cun pun mengmabil Maya Karin sbg watak utama, mungkin pengarah memang dah serasi dengan Maya..:)


Sinopsis :
Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Trailer Ombak Rindu
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...