Wednesday 23 November 2011

Wanita Berumur 20-an Berwajah Tua Seperti 70-an...


Jika lihat gambar ni mesti kita agak wanita berbaju merah tu anak kepada perempuan tua yang di sebelah tu kan..tapi sebenarnya gambar itu ialah gambar wanita tu sendiri. Wanita bernama Nguyen Thi Phuong dari Hanoi Vietnam, mengalami sakit misteri iaitu cepat berlaku proses penuaan kepada dirinya. Gambar baju merah itu semasa dia berumur 21 tahun (tahun 2006) dan sekarang umurnya 26 tahun tapi wajah dia seperti wajah seorang nenek tua.

Nguyen mengalami alahan apabila memakan makanan laut, kulitnya menjadi gatal gatal dan mukanya bertukar menjadi kendur dan kembung pada tahun 2008. Suami kepada Nguyen adalah tukang kayu dan tak mampu membeli ubat untuk merawat sakit misteri isterinya, namun begitu dia tetap cinta dan sayangkan isterinya walau keadaan Nguyen tak seperti dulu lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak, namun bentuk badan Nguyen seperti orang yang melahirkan anak, dada dan perutnya menggeleber dan berlipat-lipat. Sakit misteri ini tidak menjejaskan kitaran haid, pandangan matanya dan jugak mindanya. Sangat pelik.

Menurut doktor inilah penyakit misteri yang jarang berlaku, di mana satu lapisan tisu lemak hancur dan menggelembung. Setakat ini tidak ada ubat yang mampu mengubati penyakit tersebut.
Nguyen terpaksa memakai topeng ketika keluar rumah kerana hendak melindungi dari dilihat oleh khalayak ramai. Nguyen ada merayu kepada pihak lain untuk mendapatkan bantuan merawat sakit alahan yang dialaminya.

Nguyen dan suaminya




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...