Thursday 29 December 2011

Ombak Rindu Full movie...jom layan!!!



Jom layan pada yang tak sempat pergi tengok kat wayang....peace yoooooo!!!!

Friday 23 December 2011

AC Mizal kini bergelar dato...


PEKAN - Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.


"Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini," katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

AC Mizal yang merupakan Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. memberitahu, penganugerahan tersebut dianggap satu penghargaan kepada anak seni dan ia merupakan hadiah terbesar buat dirinya sempena hari lahirnya yang ke-40 kelmarin.

Turut menerima pingat yang sama ialah pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar, Idris Md. Yusof yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.


Thursday 8 December 2011

Doa Seorang Ibu...

 
 
Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah siapa yang akan menjadi kawanku kelak di syurga?” Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, orang pertama yang melewati engkau di jalan ini dialah kawanmu di syurga”.

Tidak lama selepas itu, seorang pemuda melintasi di depan Nabi Musa, maka beliau mengikutinya untuk mengetahui apa amalan pemuda tadi sehingga dia mendapat kedudukan mulia di syurga, berdampingan dengan para Nabi.

Beberapa langkah berlalu, kemudian si pemuda memasuki sebuah rumah, dia duduk bersimpuh di depan seorang wanita tua, lalu mengeluarkan sepotong daging dan memanggangnya, kemudian setelah cukup masak dia menyuapi wanita tua itu dengan perlahan dan penuh kasih sayang. Setelah selesai dia menuangkan air ke mulut wanita itu dan keluar.

Nabi Musa bertanya, “Demi Kebesaran Allah, siapakah wanita ini?”, si pemuda yang belum tahu siapa yang bertanya ini menjawab, “dia adalah ibuku”. Nabi Musa bertanya lagi, “Apakah dia tidak mendoakan kamu?”, “Ya, dia selalu mendoakan saya setiap hari dengan satu doa, tidak pernah diganti dengan doa lain”, jawab pemuda itu.

“Apa doa yang dipanjatkannya?”, Tanya Nabi Musa lebih lanjut. Dia menjawab, “Ibuku itu berdoa, Ya Allah jadikanlah anakku ini bersama Musa bin ‘Imran di syurga”.

Nabi Musa senang dengan doa ini dan terlihat kegembiraan menyelimuti wajah beliau, lalu berkata, “Wahai pemuda, bergembiralah, Allah telah mengabulkan doa ibumu, akulah Musa bin ‘Imran”.

Jika kita menyemak kisah ini, tentunya dapat dibuat sebuah kesimpulan, bahawa anak yang berbakti kepada orang tuanya terutama ibu, pasti akan mendapat balasan yang layak baginya, iaitu syurga. Begitulah kita mengetahui, bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. 
 
Dan doa orang tua kepada anaknya pasti dikabulkan oleh Allah. Dalam atsar disebutkan:
“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.


sumber : my ibrah
 
 

Hentak sampai koma...

JADI SENJATA…pekerja stesen minyak menunjukkan kepala hos yang digunakan suspek membelasah mangsa.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana RM20, seorang warga emas kini kritikal dan tidak sedarkan diri selepas dibelasah dengan kepala hos pam minyak dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Maluri, Cheras, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Law Chin Hang, 70, yang berkerja sebagai penjual surat khabar sedang menunggu lori bagi mengambil surat khabar di stesen minyak berkenaan.

Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki berusia 30-an muncul dan berpura-pura mahu mengisi minyak sebelum merampas beg pinggang berisi wang tunai RM20 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut sumber, bagaimanapun suspek berpatah semula selepas tidak berpuas hati dengan jeritan mangsa meminta pertolongan dan terus membelasah warga emas terbabit.

sumber : kakibising


Penghuni sekolah lahir 82 bayi...

PIHAK pengurusan Sekolah Harapan dalam proses mendapatkan peruntukan untuk program pembesaran dan seterusnya dapat menerima lebih ramai penghuni. – Gambar hiasan



JASIN – Seramai 82 bayi telah selamat dilahirkan oleh para penghuni Sekolah Harapan, sebuah pusat pemulihan bagi remaja perempuan yang terlanjur sejak ia beroperasi di sini pada September tahun lalu.

Pengerusi sekolah berkenaan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, daripada jumlah itu, bayi lelaki yang telah selamat dilahirkan ialah 53 orang manakala bakinya perempuan.

Katanya, seramai 64 bayi kini dipelihara oleh keluarga penghuni terbabit, 11 orang telah diserahkan kepada keluarga angkat, lima bayi masih bersama ibu masing-masing di sekolah berkenaan manakala seorang lagi dipelihara oleh ibu kandungnya yang telah berkahwin.

“Kami bersyukur kerana berjaya membantu menyelamatkan 82 nyawa bayi yang tidak berdosa sekali gus membendung gejala buang bayi.

“Apa yang lebih penting ibu bapa kepada penghuni sekolah ini sanggup menjaga cucu masing-masing walaupun anak itu dilahirkan di luar ikatan perkahwinan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, sekolah itu setakat ini telah menerima 95 remaja dari seluruh negara dan pelbagai kaum sebagai penghuni.

“Walaupun kami menerima banyak permohonan daripada keluarga remaja perempuan yang terlanjur untuk mendapatkan perlindungan di sekolah ini, kami tidak dapat menerima semua kerana kemudahan yang ada hanya cukup untuk menampung 30 penghuni pada satu-satu masa.
  
sumber : kakibising


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...