Monday 24 October 2011

Lima beradik bergilir ponteng sekolah demi bapa, nenek, datuk


24 Oktober 2011 - KOTA BAHARU: Demi menjaga bapa, nenek dan datuk yang sakit, lima beradik di Kampung Tok Ku, Sering, dekat sini terpaksa bergilir-gilir ponteng sekolah biarpun menyedari tindakan itu bererti memperjudikan masa depan mereka.
Kakak sulung daripada lima beradik itu, Nik Nur Alwani Zulkifli, 16, berkata dia dan adik-adiknya, Nik Muhamad Arif, 15, Nik Muhamad Afif, 13, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti serta Nik Mohamad Azwar, 11, dan Nik Nur Athirah, 10, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jembal, terpaksa ponteng sekolah bagi meringankan beban ibunya, Tengku Azizah Tengku Ahmad, 41, yang mengambil alih tugas menyara keluarga selepas bapanya, Zulkifli Deraman, 44, disahkan menghidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu.

"Selepas bapa disahkan menghidap penyakit angin ahmar dan lelah sehingga dia tidak mampu menguruskan diri sejak dua tahun lalu, ibu terpaksa mengambil alih menjadi ketua keluarga dan mencari nafkah untuk kami sekeluarga.

"Keadaan bapa yang semakin teruk sehingga terpaksa memakai lampin pakai buang memaksa kami bergilir ponteng sekolah menjaga bapa menggantikan ibu yang keluar bekerja... apatah lagi kedua-dua nenek dan datuk saya, Tengku Sepiah Tengku Ahmad, 89, dan Tengku Ahmad Tengku Daud, 90, yang sakit tua dan tinggal bersama kami memerlukan penjagaan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

 ps - pengorbanan kepada org tua..

BMW M3 Bullet Chrome

Keluaran terbaru BMW untuk pasaran tahun 2012...









ps - kalau la aku boleh merasa pakai....perghhhhh....silau mata awek2 bus stop...hehe

United dibelasah 1 - 6


23 Oktober 2011 - MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk me rampas kedudukan selaku pendahulu carta Liga Perdana England tidak kesampaian.

Semalam, skuad The Red Devils tewas 1-3 di tangan jiran setempat, Manchester City pada aksi di Old Trafford.

Dua gol City diperoleh menerusi penyerang kontroversi Itali, Mario Balotelli pada minit ke-22 dan 60 sebelum Sergio Aguero meledak gol ketiga sembilan minit kemudian.

Gol saguhati United pula dijaringkan oleh Darren Fletcher pada minit ke-81.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan City terus kekal menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.


p.s - macamanapun aku tetap sokong United..hehehe..



Marco Simoncelli temui ajal di MotoGP Sepang


23 Oktober 2011 - TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.

Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.

Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.

Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.

Simoncelli terbaring kesakitan di litar sebelum dikejarkan ke pusat perubatan litar itu apabila dia disahkan meninggal dunia pada jam 4.56 petang akibat kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.

“Setiap orang yang terbabit dengan MotoGP mengucapkan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam apa yang dianggap kehilangan tragik ini,” kata MotoGP dalam satu kenyataan.

Casey Stoner, yang memenangi kejuaraan MotoGP dunia kedua pada Grand Prix Australia minggu lalu, berkata: “Sebaik saya saksikan sorotan itu, ia membuatkan saya rasa sedih. Apabila topi keledar tercabut, ia satu petanda yang tidak baik.” Kematian Simoncelli adalah yang pertama dalam kelas perdana itu sejak seorang lagi penunggang Honda, Daijiro Kato, terbunuh pada Grand Prix Jepun 2003.










Simoncelli, yang lebih dikenali dengan potongan rambut ala afro, bermula dalam kelas 125cc pada 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada 2006. Dia menjuarai kelas 250cc dunia pada 2008. Ia juga tragedi kematian pertama berlaku di Sepang.

Pengarah Perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena mengesahkan kematian Simoncelli.
“Simoncelli terbabit dengan tragedi kemalangan teruk yang menyebabkan kecederaan teruk di kepala, leher dan dada. 

Ketika tiba di kawasan kemalangan, pasukan perubatan mendapati dia sudah tidak sedarkan diri.
“Sebaik menaiki van ambulans, kakitangan perubatan memberi rawatan kecemasan dan diteruskan sehingga tiba di pusat perubatan, namun gagal untuk diselamatkan,” kata Macchiagodena.

“Satu siasatan akan dilakukan mengenai bagaimana topi keledarnya boleh tercabut,” kata Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler yang menjawab pertanyaan wartawan mengenai insiden itu.


-R.I.P Marco Simoncelli-


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah 

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua..
INSYAALLAH...

Nama Syaitan Dalam Surah Al-Fatihah

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM
AL-FATIHAH




Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah
solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
……dua harakat, MIN …. 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

sumber : atiqshalleh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...