Tuesday 25 October 2011

CIRI-CIRI KETAGIH FACEBOOK

* Tidak dapat berenggang dengan internet
* Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
* Sentiasa terbayang apa yang ada dalam facebook semasa offline... 
* Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
* Lebih selesa melayari facebook daripada keluar rumah atau menonton tv
* Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
* Melayari facebook lebih 10 kali sehari sekadar berbual kosong.
* Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
* Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
* Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
* Berbagai medium untuk ber'FB seperti Mobile Web, Via SMS , Wifi , Broadband , di Office,di rumah .
 ps : penangan facebook...hehe...

Pemandu gilis budak didakwa...

Yuyue
BEIJING – Polis China telah mengemukakan pendakwaan ke atas seorang lelaki yang disyaki memandu sebuah kenderaan dan melanggar lari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang mati akibat kecederaan parah yang dialaminya, lapor media pemerintah semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa menunjukkan sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki melintasi budak perempuan tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan selepas dia dilanggar sekali gus mencetuskan kemarahan orang awam di China.

Sebuah akhbar tempatan, Procuratorial Daily dalam laman webnya melaporkan bahawa suspek, Hu Jun, 24, didakwa kerana menyebabkan kematian budak perempuan yang nama jolokannya, Yue Yue di bandar Foshan, selatan China pada 13 Oktober lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan, terdapat pemandu kedua yang melanggar budak perempuan itu ketika dia terbaring di jalan raya tetapi akhbar berkenaan tidak menyebut mengenai individu terbabit.
Berjuta-juta rakyat China melayari Internet untuk menonton klip video insiden berkenaan yang berlaku di sebatang jalan yang sempit di kawasan pasar Foshan.

Polis Foshan berkata, Jun yang berdepan hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun jika dia didapati bersalah, telah menyerah diri selepas insiden itu berlaku. – AFP


Mayat Gaddafi berbau busuk...

MISRATA, Libya – Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.



Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.
Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

“Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain,” kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

“Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran),” tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

“Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya,” katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. – Reuters

Piala Malaysia: Tiket final RM50

NEGERI SEMBILAN vs TERENGGANU
BAYAR harga tiket RM50 seorang. Mungkin ada yang merasakan ia agak mahal tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh peminat fanatik Terengganu dan Negeri Sembilan tidak kira tempat duduk biasa ataupun grandstand (tempat duduk utama) ketika aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi ke- semua tempat duduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua- dua pasukan semalam.

Menurut beliau, selain membanteras kegiatan ‘ulat’ tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.

“Saya akui harga tiket agak mahal berbanding final sebelum ini, iaitu lazimnya berharga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 untuk grandstand (tempat duduk utama).

“Namun, saya yakin ia tidak akan menjejaskan jumlah penonton kerana hasil penjualan tiket akan dibaha- gikan sama rata kepada kedua- dua pasukan, oleh itu penonton harus faham jika mereka sayangkan pasukan masing-masing,” katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram; Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud; jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan pe- nolong pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.

Hamidin berkata, hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini, yang mana sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing bermula hari ini.

Jika habis dijual katanya, sebanyak 30,000 lagi keping tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Menurutnya, tiket juga dijual secara online menerusi www.tickethotline.com, manakala seramai 2,000 anggota keselamatan juga akan bertugas di stadium ketika final nanti.

“Selain itu, pasukan Terengganu juga akan turun selaku tuan rumah pada perla- wanan itu, dan penyokong pasukan tersebut dinasihatkan meletak kereta di kawa- san letak kereta N (berhampiran Giant dan Tesco), manakala penyokong pasukan Negeri Sembilan boleh meletak kenderaan mereka di kawasan W (berhampiran tapak go-kart).

“Penyokong Terengganu juga dinasihatkan masuk ke stadium menerusi pintu masuk C, manakala penyokong Negeri Sembilan masuk melalui pintu masuk A, yang mana kita akan memperketatkan kawalan pintu masuk dengan mengadakan pemeriksaan menyeluruh,” katanya


ps : nak jadi budak milo la...hehehe

Hamil 3 bulan angkara abang

25 Oktober 2011 - PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.

sumber : kakibising

ps : hilang akal dah orang skarang ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...