Saturday 29 October 2011

Sah Fara Fauzana, Neelofa pengacara Nona 2012


Penyampai radio  Hot FM, Fara Fauzana dipilih menggantikan pelakon, Vanidah Imran untuk mengendalikan rancangan berbentuk wanita dan fesyen, Nona di TV3 bermula awal tahun 2012 nanti.
Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network / Media Prima Nite Live di Kuala Lumpur hari ini melenyapkan teka-teki pasal perkara itu sejak seminggu lalu.


Media tempatan membuat spekulasi pasal Fara yang dikhabarkan bakal memikul tugas mengacara program yang mendapat perhatian golongan wanita itu menggantikan tempat Vanidah Imran yang genap setahun mengendalikannya hujung tahun ini.

Fara Fauzana yang sebelum ini pernah mengacarakan rancangan hiburan, tidak berseorangan apabila dia bakal ditemani pelakon baru, Neelofa untuk mengemudi program popular itu. Nampaknya kali ini dua pengacara pula mengemudi Nona.

Neelofa turut galas teraju Nona tahun depan.
Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.

"Saya teruja bila dapat peluang mengendalikan rancangan Nona dan berjanji akan memberikan yang terbaik," kata Fara yang pernah menghangatkan Melodi selama beberapa tahun.

sumber : manggaonline.com

Padah bergurau: Wanita patah hidung dibelasah sepupu lelaki

KUANTAN 28 Okt. – Seorang juru jual wanita cedera dibelasah sehingga patah hidung gara-gara bergurau dengan menyembunyikan dompet sepupu lelakinya.

Wanita berusia 24 tahun itu disepak, ditumbuk dan dihentak kepalanya ke dinding selepas memulangkan dompet berkenaan kepada sepupunya dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Raub Jaya, Raub, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, sebelum kejadian, suspek berusia 22 tahun itu ke tempat kerja mangsa di sebuah kedai perabot.

“Di situ, mangsa bertindak menyembunyikan dompet suspek untuk tujuan bergurau. Bagaimanapun, mangsa kemudian ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.

“Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohd. Haris, mangsa yang mengalami kecederaan serius kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

“Hasil pemeriksaan X-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.

“Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan kad pengenalan yang disimpan dalam dompetnya untuk latihan memandu kenderaan pada hari tersebut,” katanya.

Tambah beliau, suspek kini ditahan polis sejurus selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Mohd. Haris berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
posted from Bloggeroid

Terengganu jadi pilihan, NS mantap

KUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.

Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.

Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.

Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.







Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.

Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.

“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.

“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.

“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...