Wednesday 2 November 2011

Ukiran pisang yang kreatif...

Pisang pun boleh jadi seni. Memang  menarik dan kreatif sangat siapa yang buat ni?. Rajin dia mengukir pada pisang ni. Korang boleh ke buat macam ni?...








ps : jangan buat pada pisang yang orang sedekah kat masjid tau...hehehe


Buaya gergasi di temui...


MANILA, Filipina (AP) - Penduduk kampung dan pemburu veteran telah menangkap buaya air masin seberat satu tan yang mereka rancang untuk dijadikan daya tarikan untuk taman eko-pelancongan di bandar selatan Filipina, kata seorang pegawai hari Isnin.

Datuk Bandar Edwin Cox Elorde berkata berpuluh-puluh penduduk kampung dan pakar-pakar berhempas pulas untuk menangkap buaya sepanjang 21 kaki (6.4 meter) di sungai di Bunawan perbandaran di Agusan del Sur wilayah selepas memburu selama tiga minggu. Ia boleh jadi satu buaya terbesar yang boleh ditangkap hidup-hidup.




Proton Persona R

Proton Persona R bakal dikeluarkan pada pertengahan tahun hadapan, iaitu pada tahun 2012. Ia sebuah kereta sedan yang baru malah dikatakan mirip dengan wajah proton Tuah. Ia juga dikatakan bakal menggunakan engin turbo. Pada waktu ini anda berkemungkinan peluang untuk berjumpa dengan Persona R di jalan raya yang sedang di uji.








sumber : engine.my


 

Saiful Apek tidak mengaku salah...

PETALING JAYA: Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.

Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.

Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan.

sumber : kakibising.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...