Sunday 6 November 2011

Panduan Mendidik Anak...





1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak


Sabda Rasulullah s.a.w.


“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.


9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).


15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,


20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



ps : renung2kan dan slamat beramal.....:) 


 

Maharaja Lawak Mega Minggu 2 (full video)


 Full Video Minggu 2




Full Video Minggu 2 download disini :


1. http://adf.ly/3aoDj
2. http://adf.ly/3aoOJ
3. http://adf.ly/3ap6T

download episod 1 klik -------------> di sini <-----------<

 

Patah kaki hampir 50 kali...

BENGKOK... Hashim menunjukkan kaki anaknya yang turut membengkok selepas patah lebih 20 kali.

KUALA TERENGGANU: Dia gadis pandai tetapi diuji Tuhan dengan sepasang kaki istimewa yang terlalu rapuh hingga patah hampir 50 kali, menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan.
Akibat kekurangan itu, Nurul Fatihah Hashim, 16, kini menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri, sedangkan dulu dia murid cerdik dengan pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mengekalkan keputusan baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Untuk bergerak, Fatihah terpaksa menggunakan kerusi roda sambil kebiasaannya menyembunyikan kedua-dua kakinya kerana malu dan tidak sanggup diejek rakan sebaya.
Selain Fatihah, dugaan ini sebenarnya turut dikongsi bapanya, Hashim Omar, 53, abangnya, Asrul, 23, dan pasangan kembarnya, Mohd Syafiq, 16, cuma masalah Fatihah paling kronik.

Menurut Mohd Syafiq, kehadiran Aidilfitri atau Aidiladha dalam sejarah hidupnya tidak pernah seceria orang lain kerana mereka tidak boleh bergerak jauh seperti remaja lain, selain hidup serba kekurangan dengan keadaan kakinya yang rapuh.

“Sebenarnya saya sudah biasa begini, dulu ada pelajar sekolah mengejek memanggil kami penyu kerana keadaan kaki dan pergerakan saya seperti reptilia itu.
“Mulanya malu juga namun lama-kelamaan saya tidak peduli, cuma kakak yang masih malu mungkin kerana keadaan kakinya semakin teruk sejak kami membesar.

“Pernah satu ketika, kerusi roda kakak ditarik atau dihentak pelajar nakal menyebabkan kakinya patah, namun selepas insiden itu, kami tidak lagi diganggu kerana mereka takut melihat kesan yang kami tanggung akibat perbuatan mereka,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di Perkampungan Orang Kurang Upaya (OKU), Pulau Kerengga, Marang, dekat sini.

SOKONGAN... Fatihah perlu diawasi jika ingin keluar rumah.
Syafiq mewarisi penyakit tulang rapuh daripada Ha- shim, menyebabkan organ kakinya patah tidak kurang 20 kali hanya kerana tersepak tunggul, tersepak kaki sendiri, terhentak, jatuh kerusi roda atau tersilap duduk dan akibatnya betisnya membengkok. Lebih memburukkan keadaan, kulitnya turut sensitif dan luka jika terkena seluar dipakai.

Bagaimanapun, Fatihah mengalami kesan paling teruk apabila kakinya patah hampir 50 kali, menyebabkan kedua-dua kakinya semakin melidi dan membengkok. Dia terpaksa mengengsot untuk bergerak atau berkerusi roda ketika di sekolah.

“Setiap kali patah, kami memerlukan dua hingga tiga bulan untuk kembali pulih dan keadaan itu menyebabkan pembelajaran kami terjejas, biasanya kakak yang sering mengulang kaji pelajaran di rumah, jadi tidak hairan dia mampu menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

Syafiq dan Fatihah biasanya menjalani aktiviti bersama, menyebabkan mereka seakan-akan tidak dapat dipisahkan dan ia mungkin kerana perkongsian rahim kira-kira 15 tahun dulu, namun yang membezakan mereka ialah Fatihah kini menjadi semakin pemalu dan kurang keyakinan diri akibat kekurangan dialaminya.

Sebaliknya, Syafiq yang hanya mengalami sindrom itu pada kaki kanan dilihat tetap aktif walaupun pergerakan terbatas kerana masih mampu menggunakan sebelah lagi kakinya untuk bergerak.

Hashim pula berkata, sindrom itu dialami ketika dia berusia belasan tahun dan ia berjangkit pula kepada tiga daripada lapan anaknya.

“Saya bernasib baik kerana kerapuhan tulang saya hanya berlaku dari paras paha ke bawah, menyebabkan organ lain tidak terjejas dan akibatnya doktor menasihatkan kami sekeluarga minum susu khas untuk mengekalkan kekuatan tulang dan bukan untuk menguatkan tulang.

“Dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya tidak mampu membelanjakan setin susu RM50 seminggu tetapi bersyukur dengan apa yang diterima kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya sekeluarga,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga anaknya mengalami sindrom tulang rapuh sejak berusia 18 bulan iaitu ketika mula belajar berjalan, sekali gus menjejaskan pembesaran mereka kerana tidak dapat bergerak aktif berikutan risau cedera terlanggar tunggul kayu atau anak tangga.

“Jika tersilap langkah, mereka terpaksa menanggung akibatnya antara dua hingga tiga bulan sementara menunggu kecederaan pulih semula. Fatihah kini menanggung rasa sakit dan malu yang teramat sangat kerana melalui kesan patah sehingga 50 kali, menyebabkan struktur kakinya semakin pipih seolah-olah akar kayu.

“Akibatnya, dia yang semakin meningkat remaja kini menjadi pemalu dengan kekurangan dirinya dan hanya tuhan dapat memahami perasaan kami sekeluarga kerana penyakit dialami tiada penawar,” katanya.

Akibatnya, empat beranak itu terpaksa menyusun langkah berhati-hati setiap hari supaya tulang tidak patah lagi akibat terlanggar objek, manakala Fatihah menggunakan sebiji bantal bagi memudahkannya mengengsot untuk bergerak dalam rumah.

Ketika di luar rumah, hanya kerusi roda menjadi teman dan Fatihah mula kurang bergaul dengan rakan, mungkin disebabkan kekurangan diri.

Hashim berkata, keluarganya menempuhi kesukaran hidup dengan penuh kesabaran dan saling menjaga antara satu sama lain bagi mengelak ditimpa kemalangan.

“Sebenarnya saya bersyukur dengan keadaan ini kerana ada hikmah di sebaliknya. Ia serba sedikit membuktikan kesetiaan isteri, Nurzaimah Husin, 46, yang tetap bersama-sama menghadapi dugaan ini.

“Pengorbanan isteri dan anak sangat bernilai bagi saya, cukup dengan apa yang mereka tanggung, setiap kali Aidiladha, saya memanjat kesyukuran dengan kesanggupan mereka berkorban keinginan untuk hidup senang seperti orang lain.

“Kadangkala saya hampir putus harapan kerana tidak mampu memberikan kelengkapan atau keperluan mewah kepada mereka.

“Namun apakan daya, dengan kudrat yang tidak seberapa, kami sekeluarga masih dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan bantuan bulanan RM300 daripada JKM,” katanya.


sumber : hmetro.com



Siaran Langsung Haji di Mekah Melalui You Tube...

Kira-kira 2.5 juta lebih umat Islam seluruh dunia mengerjakan Haji ketika ini di Mekah. Semua umat Islam berpakaian serba putih menunjukkan semua umat manusia sama saja tiada beza pangkat dan darjat.

Siaran secara langsung musim Haji kali ini boleh dilihat melalui you tube, pihak Arab saudi dan pihak Google telah bekerjasama untuk menyiarkan liputan secara langsung/live streaming musim haji kali ini.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=M6mDdfFnna0

atau

http://www.youtube.com/hajjlive

Umat Islam seluruh dunia mula membanjiri Padang Arafah bermula selepas gelincir matahari Zohor di Mekah, Sabtu. Wukuf bermula 9 Zulhijah bersamaan 5 November berlangsung selama lima hari. Kelihatan lautan umat membanjiri Jabal Rahmah dekat Arafah.

Gambar dari AP








sumber : nurizspace.com




Gambar Artis Red Carpet Anugerah Skrin 2011...

Anugerah Skrin 2011 disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 9 mlam di tv3. Pengacara Ally Iskandar bergandingan dengan Rozita Che Wan, majlis Anugerah Skrin kali ini bertemakan Golden Glamour. Red karpet atau karpet merah juga ditunggu-tunggu untuk melihat artis-artis / selebriti memperagakan pakaian mereka di malam gilang gemilang. Mari kita lihat artis artis dan gaya baju mereka di karpet merah ASK 2011...


Akim AF

Scha & Awal

Diana Amir

Diana Danielle

Farid Kamil

Fasha Sandha
Fauziah Ghaous

Liyana Jasmay Nelofa dan Kila Fairy

Liyana dan Tomok

Najwa Latif

Nora Danish
Fida

Remy Ishak

Tasha Shila

Tiz Zakiah

Gambar Kimora Lee dan Dato Siti Nurhaliza...

Kimora Lee di satu majlis  menghargai peranan wanita-wanita Asia, model dan bintang realiti itu sempat bergambar dengan Datuk Siti Nur haliza. Datuk Siti sempat bagi cd album kat Kimora Lee. Sekali dengan autograf hehe…

Fuyoo!! memang tinggi sesangat le Kimora ni bila berdiri di sisi Datuk Siti. Model le katakan.





sumber : budiey.com dan Izyan.com



Polis maut dalam nahas...

LEDANG: Seorang anggota polis maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan lori membawa muatan tar di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Tangkak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi, Koperal Peter Benedict Francis, 43, yang bertugas di Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak, namun sejurus tiba di lokasi kejadian, Wira dipandu hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Peter yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di badan, manakala pemandu lori tidak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa remuk.

“Lori terbabit turut terbalik manakala muatan tar dibawa berselerak, menyebabkan kesesakan di sana,” katanya.


sumber : harian metro

Kedatangan Kimora Dapat Sambutan Hangat di Malaysia...


Kimora Lee tiba di Malaysia pada 4 November, kehadiran bintang realiti tv dan fesyen itu mendapat sambutan hangat dia dikerumuni peminat peminat. Lebih menarik, Kimora telah belajar bercakap dalam bahasa Malaysia sejak seminggu dan selalu berkomunikasi dengan peminat di Malaysia di laman twitter sebelum datang ke Malaysia.

Petikan berita :

Bekas peragawati tersebut hadir ke parti di Sage Restaurant and Bar dekat Gardens Residences anjuran Universal Studios International.

Beliau hadir di Malaysia untuk meraikan acara yang dinamakan High Heels Warrior dan turut mengambil kesempatan berjumpa dengan ratusan peminatnya di negara ini dalam majlis tersebut.
Ia merupakan salah satu program dalam siri jelajah di Asianya yang bermula beberapa hari lalu dan beliau akan berada di negara ini selama tiga hari.

Kehadirannya di majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang menjerit memanggil namanya dan berebut untuk mendapatkan peluang bergambar dengan wanita Amerika berdarah campuran Afrika-Korea tersebut.

Beberapa peminat juga dilihat membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada beliau yang melawat Hong Kong sebelum tiba di Malaysia.

“Saya sangat gembira berada di sini dan telah berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.
“Saya telah berkomunikasi dengan peminat dari Malaysia secara aktif di Twitter sejak seminggu lalu supaya dapat tahu beberapa lagi perkataan Bahasa kebangsaan negara ini,” katanya.

Kimora, 36, menjadi terkenal selepas membintangi rancangan realiti TV sendiri bertajuk Kimora: Life in the Fab Lane di siaran E! Entertainment.

“Saya ingin menyeru semua wanita di luar sana supaya berusaha untuk mencapai impian mereka dan melakukannya bersungguh-sungguh,” katanya.

Rancangan tersebut yang memaparkan kehidupannya sebagai ibu dan pemilik bersama kepada jenama pakaian KLS dan Baby Phat menaikkan namanya sebagai selebriti dan usahawan wanita di seluruh dunia.

Kimora disambut peminat-peminatnya


sumber: mstar online
 
 


5 Fakta tentang 'senyum'...


 Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..
(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.
(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.
(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...