Tuesday 8 November 2011

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW...






Kepala dah putus tapi masih hidup...

Malaikat kecil...

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ps : kalau suka entri ini klik "like" dan "share" dengan rakan-rakan lain...


Pesara tentera, peniaga dihukum gantung edar dadah...

ALOR SETAR: Seorang pesara tentera dan rakannya seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh pertama, Zainal Nanyan, 48, dan tertuduh kedua, Desar Din, 60, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Zainal dari Bukit Kayu Hitam dekat sini dan Desar dari Gurun didakwa secara bersama mengedar 4,497.3 gram kanabis di simpang jalan Sungai Badak, bersebelahan kedai Tiang Roman/Batu Nesan, Gurun pada jam 5.45 petang 21 Mei 2009. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata walaupun kedua-dua tertuduh memberi keterangan secara bersumpah, namun pembelaan mereka adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah.

"Pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan selepas mempertimbangkan keseluruhannya, pihak pendakwaan berjaya buktikan kes terhadap tertuduh.

"Kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan. Bagi kesalahan ini satu-satunya hukuman adalah gantung sampai mati," kata Mohd Zaki.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhada Mohd Yatim, manakala Zainal diwakili peguam Datuk Sallehudin Saidin dan Desar diwakili peguam, Mohd Amir Abdul Rani.

Dalam rayuan melalui Mohd Amir, Zainal yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak memberitahu selepas ditangkap, perniagaannya (kedai makan) telah ditutup, manakala isterinya pula hanya bekerja sebagai pembantu kantin sekolah selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Desar yang pernah bertugas selama 22 tahun sebagai anggota tentera pula memberitahu selepas bersara dia hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan antara RM200 hingga RM300 sebulan dan ini juga merupakan kesalahan pertamanya. - BERNAMA 



Ini bukan ayat Al-Quran..!!!!


Waspada!!!! Ini bukan ayat al-Quran
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Klik "SHARE" untuk dikongsi dengan rakan-rakan.

Sumber: MataHati AinulQalbi 


Maklumat penting!!!!!

Jika anda melihat seorang lelaki (teru...tamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..

Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.

Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang.. klik "SHARE" untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi mangsa seterusnya..
Jika anda melihat seorang lelaki (teru...tamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..

Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan memhimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.

 



Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.

Mohon sebarkan mesej ini kepada orang yang anda sayang.. klik "SHARE" untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda agar tidak menjadi mangsa seterusnya.. 



10 Hotel Terbaik di Dunia, Dilengkapi Foto-Foto Menawan...

Majalah International Travel And Leisure mengeluarkan Awards kategori Hotel, Pulau, dan Maskapai penerbangan (Airline)

(1) Bushmans Kloof Cedarberg Mountains, Western Cape, South Africa 2009 overall score: 98.67 Rank last year: n/a
(2) Oberoi Vanyavilas Ranthambhore, India2009 overall score: 98 Rank last year: n/a 
(3) Sabi Sabi Private Game Reserve (Earth Lodge)
Sabi Sand Wildtuin, South Africa 2009 overall score: 97.5
Rank last year: #8
(4) Jade Mountain St. Lucia 2009 overall score: 97.5
Rank last year: n/a
 
(5) Inn at Manitou McKellar, Ontario2009 overall score: 95.59 Rank last year: n/a
(6) Singita Sabi Sand Sabi Sand Wildtuin, South Africa
2009 overall score: 95.52 Rank last year: #1
(7) Four Seasons Tented Camp Golden Triangle Chiang Rai, Thailand 2009 overall score: 95 Rank last year: n/a
(8) Oberoi Udaivilas Udaipur2009 overall score: 94.88 Rank last year: #4
(9) Governors’ Camp Masai Mara, Kenya2009 overall score: 94.82 Rank last year: n/a
(10) Jack’s Camp Kalahari Botswana2009 overall score: 94.72 Rank last year: n/a

Muka ubi macam tuannya...hahaha...

PlayBook Vs iPad 2 Vs Galaxy Tab...

kesan pemakaian selipar jepun yang melampau...









sumber : kakibakar.com

Miss Venezuela Juara Miss World 2011...


Pemenang / Juara Miss World 2011 - Miss Venezuela, Ivian Sarcos meraih mahkota Miss World 2011 dalam pertandingan kecantikan dunia yang diadakan di London, Inggeris, Minggu, 6 November 2011 waktu tempatan. Seperti diberitakan Reuters, wanita berusia 21 tahun ini berjaya mengalahkan 122 peserta lain.

Tidak mudah bagi Sarcos untuk menang dalam acara Miss World 2011 ini. Sebab, lebih daripada setengah peserta menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa. Sarcos yang saat ini bekerja untuk syarikat broadcasting (penyiaran) diketahui mempunyai cita-cita bekerja untuk organisasi bukan kerajaan dan mempunyai perhatian yang besar terhadap nasib anak-anak.

Sarcos juga mempunyai sebuah yayasan untuk membantu kaum muda. Selain itu, wanita cantik ini mempunyai hobi yang umumnya lebih banyak digandrungi kaum Adam, yakni mendaki gunung.

Sementara itu dipetik dari laman Missworld.com, peserta asal Indonesia, Astrid Ellena Indriana Yunadi hanya mampu menembusi babak 15 besar. Astrid masuk dalam babak tersebut bersama-sama dengan peserta asal Korea Selatan, Itali, Sweden, Zimbabwe, Kazakhstan, Ukraine, Venezuela, Filiphina, Sepanyol, Pureto Rico, Afrika Selatan, Scotland, Inggeris, dan US VI.

Di sisi lain, acara yang disiarkan secara langsung di lebih 150 negara ini tak lepas dari kecaman. Sejumlah kumpulan feminisme melakukan tunjuk perasaan di luar lokasi acara Miss World 2011. Mereka memprotes bahawa telah berlaku pelanggaran mengerikan terhadap kesamaan perempuan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...