Saturday, 29 October 2011

Padah bergurau: Wanita patah hidung dibelasah sepupu lelaki

KUANTAN 28 Okt. – Seorang juru jual wanita cedera dibelasah sehingga patah hidung gara-gara bergurau dengan menyembunyikan dompet sepupu lelakinya.

Wanita berusia 24 tahun itu disepak, ditumbuk dan dihentak kepalanya ke dinding selepas memulangkan dompet berkenaan kepada sepupunya dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Taman Raub Jaya, Raub, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, sebelum kejadian, suspek berusia 22 tahun itu ke tempat kerja mangsa di sebuah kedai perabot.

“Di situ, mangsa bertindak menyembunyikan dompet suspek untuk tujuan bergurau. Bagaimanapun, mangsa kemudian ke rumah sepupunya untuk memulangkan semula dompet berkenaan.

“Selepas memulangkan dompet itu, mangsa dihalang keluar dari rumah sebelum suspek membelasahnya dengan menumbuk, menyepak serta menghentak kepala mangsa ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata Mohd. Haris, mangsa yang mengalami kecederaan serius kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk mendapat rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.

“Hasil pemeriksaan X-ray, hidung mangsa disahkan patah. Kejadian itu lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak.

“Dipercayai pemuda itu terlalu marah kerana mahu menggunakan kad pengenalan yang disimpan dalam dompetnya untuk latihan memandu kenderaan pada hari tersebut,” katanya.

Tambah beliau, suspek kini ditahan polis sejurus selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.

Mohd. Haris berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
posted from Bloggeroid

Terengganu jadi pilihan, NS mantap

KUALA LUMPUR – Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.

Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.

Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.

Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.







Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.

Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.

Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.

“Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.

“Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.

“Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan,” katanya.
posted from Bloggeroid

Friday, 28 October 2011

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Masak Kucingnya

NEW YORK – Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.




Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat dalam kejadian yang berlaku Ogos tahun lalu.

Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.

Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.

Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.

Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...