Sunday, 6 November 2011
Polis maut dalam nahas...
LEDANG: Seorang anggota polis maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan lori membawa muatan tar di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Tangkak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi, Koperal Peter Benedict Francis, 43, yang bertugas di Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tangkak, namun sejurus tiba di lokasi kejadian, Wira dipandu hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.
Peter yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di badan, manakala pemandu lori tidak cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superintendan Muhammad Salleh Abd Razak berkata, pertembungan itu menyebabkan kereta mangsa remuk.
“Lori terbabit turut terbalik manakala muatan tar dibawa berselerak, menyebabkan kesesakan di sana,” katanya.
sumber : harian metro
kategori :
Tempatan
Kedatangan Kimora Dapat Sambutan Hangat di Malaysia...
Kimora Lee tiba di Malaysia pada 4 November, kehadiran bintang realiti tv dan fesyen itu mendapat sambutan hangat dia dikerumuni peminat peminat. Lebih menarik, Kimora telah belajar bercakap dalam bahasa Malaysia sejak seminggu dan selalu berkomunikasi dengan peminat di Malaysia di laman twitter sebelum datang ke Malaysia.
Petikan berita :
Bekas peragawati tersebut hadir ke parti di Sage Restaurant and Bar dekat Gardens Residences anjuran Universal Studios International.
Beliau hadir di Malaysia untuk meraikan acara yang dinamakan High Heels Warrior dan turut mengambil kesempatan berjumpa dengan ratusan peminatnya di negara ini dalam majlis tersebut.
Ia merupakan salah satu program dalam siri jelajah di Asianya yang bermula beberapa hari lalu dan beliau akan berada di negara ini selama tiga hari.
Kehadirannya di majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang menjerit memanggil namanya dan berebut untuk mendapatkan peluang bergambar dengan wanita Amerika berdarah campuran Afrika-Korea tersebut.
Beberapa peminat juga dilihat membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada beliau yang melawat Hong Kong sebelum tiba di Malaysia.
“Saya sangat gembira berada di sini dan telah berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.
“Saya telah berkomunikasi dengan peminat dari Malaysia secara aktif di Twitter sejak seminggu lalu supaya dapat tahu beberapa lagi perkataan Bahasa kebangsaan negara ini,” katanya.
Kimora, 36, menjadi terkenal selepas membintangi rancangan realiti TV sendiri bertajuk Kimora: Life in the Fab Lane di siaran E! Entertainment.
“Saya ingin menyeru semua wanita di luar sana supaya berusaha untuk mencapai impian mereka dan melakukannya bersungguh-sungguh,” katanya.
Rancangan tersebut yang memaparkan kehidupannya sebagai ibu dan pemilik bersama kepada jenama pakaian KLS dan Baby Phat menaikkan namanya sebagai selebriti dan usahawan wanita di seluruh dunia.
![]() |
| Kimora disambut peminat-peminatnya |
sumber: mstar online
kategori :
Selebriti
5 Fakta tentang 'senyum'...
Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..
(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.
(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.
(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.
(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.
(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.
kategori :
info
Subscribe to:
Posts (Atom)

